Tuesday, January 9, 2018

TRAVEL

Camera 1: FUJIFILM X-1M 
+ Fujifilm XC 16-50mm f3.5-5.6 OIS
Camera 2: Nikon Df
+ Nikon AF-S NIKKOR 16-35mm f/4G ED VR
Location: Sekinchan, Selangor

1. Rancangan hari ini ialah saya bersama isteri pada hari Ahad 7hb. Januari 2018 adalah mengikuti outing bersama group Petaling Jaya Photography Society ke Sekinchan, Selangor.

2. Kami mula bergerak keluar dari Bukit Rimau hampir pukul 12.00 tengahari dengan rancangan untuk solat zohor kat Masjid Sultan Ibrahim, Kuala Selangor.


Dewan Solat Masjid Sultan Ibrahim

3. Kami sampai agak awal maka terdapat banyak tempat letak kereta lagi dan dapat tempat redup. 

4. Selepas solat zohor kami bergerak ke Giant Kuala Selangor sebagai tempat berkumpul pada pukul 2.45 petang.

5. Kami makan tenghari di tempat yang sama memandangkan kesuntukan masa untuk ke tempat lain.

Sebuah kuil Buddha bersebelahan Giant Kuala Selangor


6. Semasa sessi perjumpaan, kami diberikan 2 stickers 'PSPJ' untuk ditampalkan di cermin belakang dan depan kereta untuk tujuan pengenalan memandangkan banyak kereta berkonvoi sama.


Sticker pengenalan di cermin belakang 


7. Kumpulan mula bergerak pada pukul 3.00 petang melalui jalan utama untuk beberapa ketika sebelum memasuki jalan dalam di tepi sawah2.


8. Destinasi pertama ialah sebuah kedai di dalam perkampungan di beri nama Manggo King di 248, Lorong Empat, Kampung Kian Sit, Sekinchandimana kita dapat merasai smoothie mangga yang nyaman.



 

Kedai jualan pelbagai barangan seperti ikan bilis, mangga segar, keropok dan lain-lain dan terdapat kios menawarkan kad kredit semasa kami singgah



 
Smoothie berharga RM5.00 secawan



Antara barangan-barangan lain yang dijual




 Buah mangga segar turut dijual disamping dibuat smoothie


9. Setelah beberapa minit berhenti sambil menikmati smoothie mangga, kumpulan bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Ah Ma house.

10. Namun ketua kumpulan membuat keputusan berhenti di sebuah kilang padi iaitu PLS Marketing (Malaysia Sdn. Bhd.) di Lot No. 9990, Jalan Tali Air 5, Ban 2, Sekinchan.





11. Di sini pelawat bolih membeli beras dan pelbagai produk beras. Terdapat juga gerai-gerai sampingan yang menjual cendol, air tebu, keropok udang dan lain-lain. 



12. Di sini terdapat sebuah galeri padi tetapi memerlukan yuran masuk untuk di lawati walaupun begitu kami tidak pasti berapa caj bayaran masuk sebenarnya.

13. Terdapat 2-3 buah bas persiaran berhenti untuk lawatan semasa kami berada di sini dalam masa lebih-kurang 1/2 jam.



 Seorang pelawat cilik mencuba mesin penggembur tanah


14. Setelah selesai melawat persekitaran dan mereka yang membeli beras dan lain-lain, kumpulan bergerak ke destinasi seterusnya di laluan yang sama ke Rumah Ah Ma.





15. Ah Ma house ialah sebuah rumah dan kedai jualan snacks. Di suatu sudut terdapat beberapa barangan antik tersimpan baik.








15. Tempat ini juga mendapat kunjungan DYMM Sultan Selangor dalam bulan Mei 2017 yang lalu.


16. Membuat kuih kapit bakar adalah satu perusahaan jualan yang terdapat di rumah Ah Ma ini. 


17. Persekitaran Rumah Ah Ma adalah menarik lagi sekiranya pokok-pokok padi sedang ranum tapi malangnya ketika ini ianya telah dituai dan dipotong.








18. Setelah mengambil gambar Group Photo kumpulan berpecah secara free dan leisure untuk mendapatkan gambar masing-masing di bawah tema AGRICULTURE.



19. Kami seterusnya membuat recee mencari scene yang sesuai untuk tema dan sunset nanti.


20. Setelah puas meronda, mencari dan mengagak lokasi yang sesuai iaitu sepanjang Parit 7, kami berdua mencari masjid terdekat untuk solat Asar dan menghala ke Masjid Nurul Alaniah berhampiran walaupun terdapat beberapa surau kecil sepanjang laluan tadi. 

21. Setelah berapa shoots diperolehi kami bergerak semula ke Masjid Alaniah untuk solat Maghrib.








22. Setelah selesai solat kami bergerak pulang tetapi terpaksa mencari kedai makan yang sesuai untuk makan malam sehingga terjumpa sebuah kedai bernama GG Seafood, Kampung Gulang-gulang, Kuala Selangor.

23. Tiba kembali ke rumah lebih kurang pukul 11.30 malam.

SEKIAN