Monday, October 17, 2016

Resepi: Sardin Masak Merah




Bahan-bahan:


2 tin ikan sardin 
(4 ketul setiap satu tin)

4 cawan air

1 biji bawang besar
- dihiris lebar

5 ulas bawang besar
-dihiris halus

4 ulas bawang putih
- diketuk

2 helai daun limau purut
- dihiris kasar

5 helai daun kari
- dihiris kasar

6 biji cili padi
- diketuk

sedikit halia
- dihiris halus

5 sudu besar sos tomato

1 sudu teh kicap pekat

secubit serbok lada hitam

4 sudu besar gula

1 sudu teh atau secukup rasa garam

sedikit minyak

sayur-sayuran
- kepingan karot
- hirisan kobis
- lain2 sayuran jika mahu


1. Panaskan minyak.

2. Gorengkan hirisan2 bawang merah, daun limau purut, daun kari, halia dan pecahan cili dan bawang putih.

3. Setelah keluar bau masukkan sedikit air.

4. Setelah didihan berhenti seketika masukkan baki air sehingga mendidih.

5. Selepas itu masukkan sos tomato, kicap, gula dan sedikit garam dahulu.

6. Biarkan mendidih dan selepas itu taburkan lada hitam dan seteruusnya masukkan hirisan bawang besar.

7. Biarkan mendidih semula. Setelah sebentar mendidih, masukkan sardin bersama-sama sos sekali.

8. Biarkan campuran ini mendidih sehingga kering sedikit dan agak pekat.

9. Masukkan sayuran2an dan dibiarkan mendidih sebentar sehingga sayur2an agak layu.

10. Masukkan garam secukupnya.

11. Tutup api dan kacau masakan tadi perlahan-lahan untuk seketika.

12. Sajikan dengan nasi panas atau roti atau apa2 sahaja yang sesuai.


SELAMAT MENJAMU SELERA



No comments: