Sunday, May 6, 2007

salam dan doa

hari ni aku berdoa
seperti hari-hari berlalu
salam buat saudaraku
pembuat kata seiring pembuka jalan
kerana mereka pernah berkata
dalam hidup mereka pernah menderita
sesekali dalam kebahagiaan
mencari rentak di dalam kekesalan
gerak gaya meniti masa
ke penghujung antara doa
meniti riak menentang arus
gelombang itu pernah tinggi
menggapai diri mencuit awan
sekalinya turun ia jatuh
berlari sedih ke arus tuju
entah ke hala mana
sambil itu berdoa lagi
sepertimana aku pernah bedoa
memberi salam selamat
sejahtera kelian sejahteranya alam
terus menanti dan mencari lagi
di balik mana adanya ia
salam aku sekali lagi

bukit rimau
6.5.07
10.55 malam

No comments: