Thursday, October 1, 2015

redang trip
(part 2)



1. Setelah berkali-kali berpusing mendengar arahan WAZE dan suara internal navigator kereta yang disangka arahan WAZE maka kami ternampak terminal bas yang katanya 15 minit perjalanan ke jeti. Setelah meletak kereta dan bertanya kepada seorang orang awam kami menyusuri untuk ke jeti proper, rupanya bersebelahan Pasar Payang dan segala mak bangunan seperti Bazaar Warisan ke apa, Bukit Puteri dan Istana Maziah ke apa lagi serta masjid putih,  masjid Zainal Abidin.


Pemandangan di dalam Pasar Payang



Pemandangan di luar Pasar Payang



tak pasti bangunan apa..jetty? or 
mungkin pejabat kawalan shahbandar


Bazaar warisan yang sunyi..
mungkin hari kerja dan cuti sekolah hnaya
akan bermula hujung minggu ini



 kerja-kerja tambakan rasanya ni




Masjid Zainal Abidin hanya sempat tengok dari jauh


2. Kami sampai agak awal dalam pukul 12.30 dan mula ke jeti untuk semakan serta bertanyakan sesuatu yang perlu seperti proses pembelian tiket bot dsb. Rupanya waktu rehat dan kami perlu kembali semula dalam pukul 2.00 petang setelah waktu rehat tapi telah diberitahu yang tiket ferry adalah termasuk di dalam harga pakej kami atau mungkin perlu dibayar kepada hotel semasa check-out.

3. Setelah makan di gerai Pasar Payang kami kembali ke jeti agak awal di mana ianya masih agak kosong dan diberikan boarding pass dan tiket pergi dan kembali. Kami juga dikehendaki mendaftar nama.

4. Pukul 3.00 pintu dibuka dan boarding pass dan tiket masuk diserahkan kepada penyelia-penyelia ferry.

5. Laut agak tenang dan cuaca terang. Disepanjang perjalanan yang mulanya kosong setelah separuh jarak masa maka ternampak pulau-pulau kecil.










BERSAMBUNG




No comments: