Pasar Moden Seksyen 6, Shah Alam
Camera: Polaroid Snap Touch
Lense: 2mm f2.0 Snap Touch 3:2 picture
Camera: Polaroid Snap Touch
Lense: 2mm f2.0 Snap Touch 3:2 picture
1. Sudah menjadi kebiasaan kami membeli barang2 basah di pasar ini sejak mula sampai di Shah Alam pada tahun 1989.
2. Walaupun berpindah ke Taman Bukit Rimau sejak tahun 2000 pasar ini masih menjadi tempat membeli barang-barang keperluan.
3. Saya sendiri sempat menyewa satu gerai milik MBSA selaku pemilik pasar di tingkat satu dengan kadar rm200.00 menjual barang-barang keperluan letrik bersam adik.
4. Pernah satu ketika pihak MBSA meminta pandangan penyewa untuk memeberi cadangan bagi menarik pelanggan-pelanggan kerana sambutan yang tidak menggalakkan.
5. Sebagai seorang arkitek yang dilatih mencari penyelesaian setiap kali membuat rekabentuk, saya telah memberi beberapa cadangan yang antaranya:
a. Mengadakan tempat letak kereta di kawasan luar pasar kerana ada mereka yang tidak suka kesibukan meletak kereta di dalam kawasan tempat letak kereta di dalam kawasan pasar. Ini telah dilaksanakan.
b. Menyediakan eskalator tapi ini tidak dibuat mungkin kerana faktor kos kerana di akhir senarai cadangan itu pihak kami di minta menyatakan kadar sewa yang sedia dibayar untuk cadangan-cadangan tersebut. Saya tetap mencadangkan rm200 sebagai sewa.
c. Mungkin ada cadangan-cadangan yang lain tapi sudah lupa dan tidak pasti kalau ada apa-apa cadangan dari penyewa-penyewa lain.
6. Gerai kami menyediakan peralatan pemasangan elektrik secara runcit dan sekali-sekala mendapat kerja-kerja pendawaian elektrik.
7. Pasar ini telah melalui satu proses pemabaikan beberapa tahun lepas.
8. Beberapa gerai dan penyewa dari Tingkat Satu telah dipindahkan ke tingkat bawah antaranya Gerai Nasi Lemak Pak Ayob yang mana masa dulu tu berdepan dengan gerai kami.
kawasan tempat letak kereta
gerai nasi lemak Pak Ayob
gerai nasi lemak Pak Ayob
gerai ayam
gerai ayam
gerai sayur-sayuran
gerai sayur-sayuran
gerai ikan
gerai ikan
ruang pemunggahan
ruang pemunggahan
tingkat satu
dulu cahaya semulajadi masuk
tingkat satu yang kosong dan separa terbiar
gerai yang berbumbung plastik
mungkin untuk menahan
buangan burung gagak
rekabentuk menggunakan space frame
yang trendy semasa itu
menjadi tempat berehat burung..
mungkin sesuatu itu trendy tetapi
tidak sesuai dengan fungsi
bila keadaan terbuka dan
satu kawasan yang menjadi kediaman gagak
vent-blok
No comments:
Post a Comment