redang trip
(part 5 - LAST)
(part 5 - LAST)
1. Hari terakhir bermula dengan menaiki motorsikal yang ditempah sewa dari resort pada malamnya dengan kos sewaan sebanyak rm15 sejam untuk 2 jam.
2. Kami terus melawat jeti dan berhenti sarapan di gerai makan berdekatan.
3. Kami stop n go di beberapa tempat untuk mengambil gambar atau melihat-lihat termasuk perkampungan tersusun dilengakapi beberapa kemudahan awam dan pejabat2 kerajaan tertentu.
4. Di perkampungan ini terdapat sebuah masjid yang agak besar dan di hujung jalan yang kami lalui terdapat sebuah projek rumah mampu milik sedang dibina.
5. Destinasi terakhir kami pagi ini ialah di pantai Teluk Dalam sekali lagi dengan niat untuk mandi-manda sebelum pulang.
6. Ombak agak kuat tetapi masih agak tidak membahayakan tetapi disebabkan tiada seorang pun di pantai kecuali kami dan mungkin mereka yang di atas bot dan kapal jauh dari pantai, maka kami membatalkan niat untuk turun ke dalam laut.
7. Setelah hampir dua jam penuh tempoh sewaan motosikal dari sini kami bertolak balik ke resort untuk persiapan pulang.
8. Tepat jam 12.00 tengahari kami menaiki bas resort ke jeti untuk menaiki feri pulang.
9. Dalam perjalanan laut agak bergelombang sedikit berbanding agak tenang semasa datang.
10. Kami tiba di jeti shahbandar masa untuk makan tengahari dan mengunjungi sebuah restoran di seberang jalan bersebelahan deretan rumah kedai moden.
11. Kami berlegar-legar sebentar mencari barang satu dua seperti keropok leko dan lain-lain serta ke bahagian Kampong Cina dan tebing water-front.
12. Niat untuk bermalam di bandar ini sambil mengunjungi Taman Tamadun Islam dan seumpamanya telah kami batalkan kerana keadaan berjerebu.
13. Lebih kurang pukul 4.00 petang kami bergerak keluar dari tempat letak kereta Majlis Perbandaran Kuala Terengganu.
14. Setelah stop n go sepanjang laluan maka kami selamat tiba ke rumah jam 11.00 malam.
TAMAT
No comments:
Post a Comment