redang trip
(part 3)
(part 3)
1. Sebelum tiba ke Jeti Pulau Redang, feri telah berhenti di Pantai Pasir Panjang kalau tak silap. Penumpang-penumpang terpaksa menaiki seperti sebuah barge dari feri ke pantai kerana kedalaman air yang terhad.
2. Tepat 1 jam 40 minit kami tiba di Jeti Pulau Redang. Terdapat dua jeti di sini tetapi kurang pasti kenapa. Van resort telah siap menunggu di tempat feri berlabuh yang sempit membuatkan mereka akan mengundur untuk keluar. Setelah check-in kami diberi sea-view blok pertama tingkat 1 bilik 401.
Jeti dari balkoni bilik penginapan
Blok pertama
- Bilik 401 dan 402 di Tingkat 1
3. Pada jam 5.30 petang kami perlu ke lobi resort untuk dibwa ke Pantai Teluk Dalam dengan van resort. Bersama kami ialah 4 orang lagi terdiri dari satu pasang suami-isteri dan dua lelaki. Kami akan dijemput semula pada pukul 7.00 petang.
4. Kami ditinggalkan di permulaan jalan masuk bersebelahan dengan Taaras Beach Resort. Walaupun bertar ke hujung kami terpaksa berjalan kaki dalam 1 kilometer dan ada pilihan samada untuk berjalan ke hujung laluan atau menuruni cerun kecil melaui trail yang telah biasa dilalui dan kami memilih untuk mengikuti salah satu trail.
sebahagian trail bertar
Pantai Teluk Dalam dari laluan trail bertar
Pantai Teluk Dalam yang putih halus pasirnya
5. Tiada ramai pengunjung di sini dan sebahagiannya mandi-manda.
6. Setelah hampir pukul 7.00 petang kami berjalan keluar dan singgah di sebuah kedai makan untuk membasah tekak. Di kedai ini kami ditawar pakej snorkling ke 5 tempat esoknya, bersama dengan pasangan suami-isteri tadi yang turut singgah minum dan makan.
7. Berbaloi dengan nilai maka kami menerimanya dan dijanjikan untuk mengambil kami jam 9.00 pagi esoknya. Kami diminta untuk membayar separuh dari harga tawaran sebagai deposit iaitu sejumlah rm100.00 untuk 4 orang.
BERSAMBUNG
No comments:
Post a Comment